Ia bagi membolehkan Umno Bahagian Pekan yang sebelum ini dinamakan sebagai responden ditukar kepada pemegang jawatan dan bukan kepada pertubuhan itu sendiri.

Terdahulu, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dalam keputusannya menolak permohonan Umno Bahagian Pekan untuk membatalkan notis lucut hak itu mengikut Seksyen 9C Akta Pertubuhan 1956.

Mahkamah menetapkan 6 September ini untuk pengurusan kes.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membuat permohonan pelucutan hak terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - UTUSAN ONLINE