Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa hari ini.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di rumahnya di Kampung Atas Tol dekat sini kira-kira pukul 7.45 malam semalam.

Suspek dikatakan turut melarikan beberapa barangan berharga di rumah majistret berkenaan.

Sebaik menyedari kediamannya dipecah masuk, mangsa kemudian bertindak menghubungi pihak polis pada pukul 10.52 malam untuk melaporkan kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda. - UTUSAN ONLINE