Ibrahim Salleh, 67, yang bertugas di sebuah syarikat penternakan kambing membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman.

Dia selaku Orang Kena Saman (OKS) dan berasal dari Taman Sri Lanang, Kota Tinggi turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa membawa 40 ekor kambing dan 20 biri-biri hidup menggunakan sebuah lori tanpa perakuan kebenaran pindah daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Johor atau wakilnya.

PEMANDU lori, Ibrahim Salleh, 67 (kiri) didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah membawa 40 kambing

PEMANDU lori, Ibrahim Salleh, 67 (kanan) didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah membawa 40 kambing dan 20 bebiri hidup tanpa kebenaran menggunakan lori di Mahkamah Majistret Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Jalan Dato’ Onn Utama di sini yang mana kawasan itu diwartakan sebagai kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut Negeri Johor 2005 pada 27 Jun lalu kira-kira pada pukul 10.45 pagi.

Ibrahim didakwa melakukan kesalahan yang melanggar kehendak peruntukan Perenggan 2(a)(iii) Perintah Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut Negeri Johor 2005 (J.P.U 10) dan boleh dihukum di bawah sub seksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 [Akta A1452] dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, Faiz Ajis manakala Ibrahim tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE