Majistret Muhammad Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Faris Abd Aziz, 22, selepas dia mengaku bersalah memiliki gambar lucah itu dalam telefon bimbit miliknya, pada 9 malam, 7 Ogos lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika denda gagal dibayar.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Siasatan Jenayah D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abd. Hamid memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat awam, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan telah insaf selain itu kesalahan pertamanya. - BERNAMA