Tertuduh, Muhammad Zikri Ibrahim, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Noorsyakin Sahat.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan profil akaun "Zikri Armstrong" dan membuat kenyataan mengaibkan yang boleh mendatangkan kebangkitan kemarahan masyarakat Orang Asli.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Bukit Aman Tingkat 27, Menara KPJ di sini pada pukul 8.30 malam, 14 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE