Sharil Mohd. Sarif, 36, yang pertama kali didakwa pada 23 Mac lalu menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula ketika sebutan kes hari ini.

Bagaimanapun, Hakim M. M. Edwin Paramjothy menetapkan 26 April ini untuk jatuh hukum terhadap bapa empat anak itu.

Mengikut pertuduhan, orang kena saman (OKS) itu didakwa menggunakan aplikasi Facebook miliknya secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada pukul 1 petang, 12 Mac lalu.

Penghantaran yang disertakan dengan sekeping gambar senarai Yang di-Pertuan Agong itu kemudian telah dibacakan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 11.30 pagi pagi, 13 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. - UTUSAN ONLINE.