Ahli Parlimen Pekan itu yang mengenakan sut biru tiba di sini pada kira- kira pukul 9 pagi diiringi pegawainya serta kakitangan keselamatan kompleks mahkamah sebelum menaiki lif menuju ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di aras empat.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion. - UTUSAN ONLINE