Esok dijadualkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga bagi RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkenaan dan pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Sekiranya RUU itu diluluskan, had usia mengundi 18 tahun akan dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memberi pelepasan tersebut setelah mendengar hujahan daripada peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan mengambil kira permohonan pembelaan sejak minggu lalu.

Pada 1 Julai lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan hari ke-30 berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang membentangkan usul berhubung pengisytiharan harta bagi Ahli Parlimen.

Hakim Mohd. Nazlan dalam keputusan ringkasnya berkata, bukan hak mahkamah untuk menghalang kehadiran seseorang Ahli Parlimen ke persidangan berkenaan.

"Bagaimanapun, tertuduh menghadapi beberapa pertuduhan serius dan oleh itu mahkamah menolak permohonan dan perbicaraan diteruskan," katanya. - UTUSAN ONLINE.