Ketika membaca pernyataan saksinya, sepanjang bekerja dengan bekas Perdana Menteri itu, beliau menyifatkan Najib sebagai seorang yang ‘gentleman’ dan bijak mengolah apa yang dikehendakinya.

Beliau juga mengatakan pernah berjumpa dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dipanggil sebagai Jho sewaktu bekerja dengan Najib.

Amhari Efendi menyatakan, Jho Low amat rapat dengan Najib terutama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering menghubungi ahli perniagaan itu.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Amhari Afendi masih membaca pernyataan saksinya di Hakim Collin Lawrence Sequerah. - UTUSAN ONLINE