Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Kamarudin Abdullah, 33, dan Mohamed Irfan Farid Wahid, 38, selepas kedua-duanya mengekalkan pengakuan bersalah mereka.

Hari ini ditetapkan untuk bacaan fakta kes dan jatuh hukum terhadap juruteknik telekomunikasi dan pembantu juruteknik tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa dengan sengaja memandu hendak melanggar sehingga menyebabkan kecederaan kepada anggota polis berpangkat Lans Koperal menggunakan sebuah kereta di hadapan sebuah rumah di Batu 5, Jalan Gombak, Setapak di sini pada pukul 5.33 petang, 27 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju yang sedang menjalankan ‘Ops Rentap’ di Jalan Gombak, Setapak di sini telah menahan kenderaan tertuduh yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Kedua-dua tertuduh kemudiannya melarikan diri secara melulu sehingga membahayakan orang awam di jalan raya berhampiran dan apabaila sampai ke jalan mati, mereka dengan sengaja cuba melanggar anggota polis yang mengejar sehingga mengakibatkan mangsa kecederaan di bahagian kiri dan kanan tangan. - UTUSAN ONLINE