Tertuduh B. Ruban, 31, yang berbaju berbaju hitam kelihatan tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak.

Dalam penghakimannya, Sofian berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Mahkamah mendapati

keterangan diberikan saksi pendakwaan SP5, S. Sathiamoorthi lebih kukuh jika dibandingkan dengan keterangan tertuduh yang lebih menjurus dan bersifat cakap dengar (hearsay).

“Selepas mengambil kira keterangan menyeluruh, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya ketika membacakan hujahan tersebut.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Datuk Rajpal Singh.

Ruban bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh rakannya dengan menggunakan pisau pemotong daging, S. Sathaya Devan, 23, di atas jalan Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin, Jinjang Utara.

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh di sini, pukul 2.20 petang, 12 April 2013.

Jila sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE