Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Yew Wei Liang, 41, selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di Kilometer 293.6 di Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur menghala Seremban), di sini antara pukul 1 hingga 2 petang, 10 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, tertuduh diserbu jurukamera dan jurugambar sejurus trak polis tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9 pagi. - UTUSAN ONLINE