Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail memutuskan demikian selepas defendan, Profesor Datuk Mahamad Naser Disa gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa Khalid selaku plaintif telah mengeluarkan kenyataan yang menentang RUU 355.

"Kenyataan defendan menggambarkan plaintif menentang RUU 355 adalah tidak benar dan menjatuhkan reputasi plaintif," ujarnya.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Mahamad Naser untuk membayar ganti rugi sebanyak RM80,000 dan kos RM20,000.

Rohani turut mengeluarkan perintah injunksi menghalang defendan atau ejennya untuk mengeluarkan atau menerbitkan semula kenyataan fitnah tersebut.

Mahamad Naser juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka yang akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dalam tempoh 14 hari. - UTUSAN ONLINE