Nur Assmi Kasir, 23, didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 November hingga 4 Disember 2018 ketika bekerja di CKS Supermarket Sepanggar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh diamanahkan mengutip wang jualan milik syarikat, namun melakukan pecah amanah iaitu menjadikan wang kutipan jualan itu untuk kegunaan sendiri.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis Inanam setiap minggu dan menetapkan 10 hingga 12 Jun depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz, manakala tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy. - BERNAMA