Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali selepas mendengar permohonan itu memutuskan walaupun kedua-dua pihak bersetuju bagi memindahkan kes rasuah tersebut ke Mahkamah Tinggi namun itu tidak menghalang Mahkamah Sesyen menjalankan fungsinya dengan mengambil kira merit mengikut Seksyen 417(1) Kanun Tatacara Jenayah.

"Kes tersebut telah didaftarkan dan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Perlu dinyatakan bahawa kuasa bidang mahkamah tersebut adalah kompeten untuk menjalankan perbicaraan kes ini.

"Bahkan terdapat tiga Mahkamah Sesyen yang mempunyai kepakaran tinggi dalam menjalankan perbicaraan melibatkan kes-kes rasuah," katanya.

"Atas alasan tersebut saya menolak permohonan memindahkan kes kedua-dua tertuduh," jelasnya.

Sementara itu ketika prosiding sebutan semula di Mahkamah Sesyen, Hakim Rozina Ayob menetapkan 20 September ini sebagai tarikh pengurusan kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE