Keputusan itu dibuat Koroner Rofiah Mohamad setelah meneliti semua keterangan yang diambil dari saksi sebelum ini.

Terdahulu, pada 24 Julai lalu, Rofiah menutuskan tiada lagi saksi lain yang akan dipanggil dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib.

Menurut Rofiah, pihaknya juga menutup prosiding tersebut berikutan telah berpuas hati dengan semua keterangan diberikan saksi sebelum ini.

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib yang bermula pada 11 Februari lalu telah memanggil 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar telah berlangsung selama 41 hari selain 137 eksibit dikemukakan.

Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu. -UTUSAN ONLINE