Muhammad Irwan Mohd Nazli, 27, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan, tertuduh telah merompak menggunakan parang sebagai senjata ke atas pekerja Caltex, Uweltho Barahin, 24 dan merampas wang tunai berjumlah RM2,500 milik stesen minyak itu.

Kesalahan tersebut dilakukan di Jalan Selangor, Seksyen 4, di sini, pada 10.20 malam, 6 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim, dibuat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta sebatan. - UTUSAN ONLINE