Dua responden yang baharu disenaraikan adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru bagi menggantikan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (dulu Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah) dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor.

Permohonan itu dibenarkan Hakim See Mee Chun.

Peguam yang mewakili Orang Asli Seletar itu, Tan Poh Lai berkata, permohonan tersebut akan difailkan pada 17 September depan.

Pada 18 Jun lalu, mahkamah sama turut menggalakkan pihak responden untuk mengadakan rundingan bersama plaintif berkaitan isu tuntutan pampasan tanah berkenaan.

Menurut Poh Lai, rundingan juga sudah dibuat dengan pihak kerajaan negeri yang diwakili seorang Exco dua minggu lalu, namun sehingga hari ini belum ada maklum balas susulan.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 September 2010, semua Orang Asli itu perlu dibayar pampasan mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, berhubung pengambilan balik yang salah di sisi undang-undang dan pampasan itu perlu ditaksir oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE