Turut didakwa adalah dua anak tiri allahyarham yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun.

Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja lelaki berkenaan mengangguk faham, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding secara terbuka di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

Kesemua tertuduh bersama-sama seorang yang masih bebas iaitu seorang wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari di dakwa bagi mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian mangsa di kediaman mereka di Mutiara Damansara di sini antara pukul 11.30 malam 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekaaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding hanya Samirah yang merupakan bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berada di dalam kandang tertuduh, bagaimanapun dua remaja itu yang memakai baju sekolah itu berada di luar kandang.

Turut mengikuti prosiding pertuduhan hari ini adalah penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bapa Samirah serta ahli keluarga tertuduh yang lain.

Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin yang ketika itu berusia 47 tahun ditemukan maut dalam kejadian kebakaran di bilik di rumahnya.

 

Bagaimanapun, siasatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia terlebih duhulu selain hasil bedah siasatan mendapati terdapat kesan melecur di beberapa bahagian tubuh selain dua kesan lubang dan kecederaan pada bahagian kiri kepala mangsa.

Susulan itu, polis menahan beberapa individu untuk soal siasat termasuk Samirah serta bekas suaminya dan dua anaknya. - UTUSAN ONLINE