Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, wanuta terbabit Samirah Muzaffar, 43, akan didakwa bersama-sama dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan di kediaman mereka kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan,”ujar kenyataan itu.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu dan dalam laporan awal, Allahyarham dikatakan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.

Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE