Amir Radzi Ab. Ghani,48, merupakan pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM akan hadir ke Mahkamah Koroner di sini pada 16 dan 17 Julai ini.

Perkara itu diputuskan Koroner Rofiah Mohamad dalam prosiding inkues yang memasuki hari ke-40.

“Pastikan saksi dimaklumkan dan bersetuju untuk membantu mahkamah daripada segi persoalan dalam prosiding inkues yang diperlukan pada 16 Julai nanti,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, wujud dapatan berbeza berhubung daya hentaman yang mengakibatkan kecederaan pada dada Muhammad Adib daripada dua pakar yang memberi keterangan dalam prosiding inkues iaitu formula dikemukakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi (saksi ke-24) dan Perunding Kanan Patalogi Forensik United Kingdom, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid (saksi ke-29). - UTUSAN ONLINE