Tiada pengakuan direkodkan terhadap kesemua tertuduh selepas pertuduhan tersebut di hadapkan Hakim Syafeera Mohd. Said memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka yang dituduh hari ini adalah ketua geng berkenaan Zairy Huzaimi Md. Akhir, 32; dan ahli-ahli kumpulan berkenaan Muhamad Khairuddin Osman, 25; Amirul Rezky Md. Akhir, 23; Muhamad Norrazak Azmi, 29; Jazli Jamal, 24; Mohamad Habib Abdul Jabar, 33; Abdul Rahman Mohamed Daud, 29; Muhammad Neshril Rustam 31; Makmur Saleng, 32; Muhammad Ikmal Aizam Azwani, 18; Muhammad Nur Farhan Sutarman, 25 dan Muhammad Arif Aiman Mohd Rasol Ambia, 21.

Turut dituduh ialah Farizuwan Baharom, 25; Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir, 28; Mohamad Firdaues Azwani, 26; Affandy Hardey, 38; Muhamad Imran Abdullah, 23; Mohammad Kahirul Azhar Abdullah, 26 dan Mohamad Yusuf Mat Nasir, 28.

Mengikut pertuduhan, 18 daripada mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Emi Keju' yang mana perbuatan itu dilakukan di Lot 3576 Kampung Indian Settlement, Jalan Bunga Raya 3, Batu Caves, di Gombak antara 25 Januari 2017 dan 23 Julai lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohamad Yusuf didakwa telah membantu ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Emi Keju' di Warta Lama Pasar Borong Selayang antara 22 hingga 23 Disember 2017.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 130W akta sama dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Kesemua pertuduhan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohd. Izhanudin Alias. - UTUSAN ONLINE