Tan Wooi Zhan, 25, turut diperintahkan oleh Mahkamah Trafik di sini untuk membayar denda RM5,000. Gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara pemuda terbabit boleh ditambah lagi lima bulan.

Lesen memandu tertuduh juga ditarik balik dan tidak dibenarkan untuk mendapatkan lesen baharu dalam tempoh tiga tahun.

Terdahulu, Wooi Zhan mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan terhadap anggota polis trafik, Konstabel Aniq Ariz Mohd. Kassim di persimpangan lampu isyarat Jalan Hishamuddin di sini, dua hari lalu.

Rakaman kamera litar kejadian tersebut tular di media sosial. - UTUSAN ONLINE