Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mustakim, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri wang itu di Farmasi [email protected], di Persiaran Ara Kiri, Lucky Garden Bangsar, di sini pada 10.14 malam, 26 Julai lepas.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 1 Ogos 2019 serta penjara tiga bulan jika denda gagal dibayar.

Pertuduhan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Noorasyikin berkata, tertuduh telah menggunakan wang hasil curi tersebut untuk membeli barangan peribadi untuk kemewahannya.

"Kamu telah membeli dua botol minyak wangi, tiga topi jenama Adidas serta empat pasang kasut yang berjenama seperti Nike, Adidas dan Timberland hanya untuk kemewahan sedangkan kamu hanya ada sepasang kaki.

“Tetapi sekiranya kamu menggunakan wang itu untuk membeli makanan, mahkamah mungkin boleh pertimbangkan. Jadi kesalahan kamu ini memang dianggap kesalahan besar dan saya perlu beri hukuman setimpal," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama dengan mengambil kira nilai wang yang dicuri adalah besar serta pengkhianatan dilakukan (tertuduh) terhadap majikannya.

Tertuduh dalam rayuannya merayu hukuman penjara paling minimum kerana dia yang masih bujang itu mempunyai tanggungan seorang adik lelaki yang masih menuntut di sebuah universiti di sini. - BERNAMA