Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman tersebut selepas Yap Wei Chen, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan tiga bulan sekiranya denda berkenaan gagal dibayar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah memindahkan wang berjumlah RM2,500 milik seorang setiausaha syarikat, Ooi Siew Wei ke dalam sebuah akaun bank miliknya di Maybank Desa Park City Kepong, Jalan Intisari Perdana di sini, pukul 5.30 petang, 24 Oktober 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE