Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita warga Thailand, Miss Sirirat Pichetwanich, 33, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, wanita yang hamil empat bulan itu didakwa menggunakan aplikasi Facebook dengan nama samaran ‘IamthebonusIamthebonusiamthebonus’ secara sedar telah memuat naik gambar bogel kenalan wanitanya yang juga warga Thailand dengan kapsyen yang bertujuan untuk mengaibkan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Tun Razak, dekat sini pada pukul 2 pagi, 23 Ogos tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan. - UTUSAN ONLINE