S. Saravanan, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan tersebut selesai dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norasyikin Sahat.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari berkuatkuasa hari ini. Saravanan juga boleh dipenjara tiga bulan sekiranya denda berkenaan gagal dilunaskan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki tersebut telah mencuri dompet warna hitam jenama Horse Imperia, kad ATM; kad IME dan wang tunai berjumlah RM6 serta telefon bimbit jenama Vivo bernilai RM506 miliki Gyanendra Tamang, di Tingkat 5, Lashkar Hostel di Jalan Ipoh Kecil pada pukul 5 pagi, 5 April lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. - UTUSAN ONLINE