Martina, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya, selesai dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.



Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa telah mencuri dua kotak coklat jenama Mars dan Snikers bernilai RM274.80 di Pasar Raya Mydin USJ 1, Subang Jaya dekat sini pada pukul 1.55 petang, 29 Mac lalu.



Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat. - UTUSAN ONLINE