Jho Low atau turut dipanggil Jho menceritakan kepadanya di dapur kediamannya sambil membuat lakaran di papan putih.

Cadangan itu juga pernah dikemukakan Jho Low kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin namun Baginda tidak memberikan sebarang kata putus mengenai cadangan itu.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Amhari Afendi masih membaca pernyataan saksinya di Hakim Collin Lawrence Sequerah. - UTUSAN ONLINE