Hakim Azman Ahmad menetapkan tarikh berkenaan pada sebutan kes itu hari ini.

Dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani Zainal memberitahu, beberapa dokumen melibatkan penyata bank telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

"Bagaimanapun pihak kami masih berusaha untuk mendapatkan beberapa cek daripada pihak bank. Untuk itu pihak kami memohon satu tarikh baru sebutan semula kes bagi membolehkan cek-cek tersebut diserahkan kepada pihak pembelaan," katanya.

Sementara itu, peguam bela Datuk Hasnal Rezua Merican mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen berkaitan.

Azman kemudiannya menetapkan 16 Julai sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - UTUSAN ONLINE.