Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan ketika pengurusan kes berkenaan hari ini.

Mengikut pertuduhan dikemukakan, tertuduh yang berusia 32 tahun didakwa dengan memberikan diri sendiri dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC ke dalam badannya sendiri di sebuah tandas sebuah pusat hiburan dekat Hotel W di sini pukul 2.05 pagi, 5 Januari lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan wajib diletakkan bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun. - UTUSAN ONLINE