Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 3 hingga 7 Februari, 10 hingga 14 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2020 untuk perbicaraan dan turut menetapkan 25 Mei untuk pengurusan kes lanjut.

Terdahulu, Hasanah, 61, yang diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil antara 15 dan 20 saksi.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA