Bagaimanapun, tertuduh Rohaizat Ahmad,54, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Rohaizat telah menggunakan jawatan dan kedudukan sebagai Pengarah Urusan di syarikat tersebut untuk mendapatkan suapan bagi saudaranya dengan melantik syarikat Al Maisan Enterprise milik menantunya dan Hexa Tech Pride milik anaknya bagi pelbagai tujuan.

Kesemua perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di No. 22, Jalan Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai pada 23 April 2014 hingga 27 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Mahadi Abdul Jumaat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE