Mohd. Haidar @ Hasmayudin Mohd. Hashim, 47, dari firma guaman, Tetuan Mohd. Haidar & Co. bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas enam pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Mengikut semua pertuduhan, lelaki itu sebagai peguam yang beramal di firma guaman tersebut didakwa melakukan pecah ama­nah terhadap wang baki bayaran pembelian hartatanah sebanyak RM806,458.74 yang diterima daripada enam mangsa untuk kegunaannya sendiri.

Tertuduh yang kini ditempatkan di Penjara Kajang didakwa melakukan perbuatan tersebut di firma guaman miliknya, di No. 2-2 Tower 3, Bangsar Avenue 3, Jalan Kerinchi di sini antara 10 Julai 2015 dan 13 Oktober 2016.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Khairiyah Samsudin mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan denda. - UTUSAN ONLINE.