A. Suresh, 40, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan yang dikemukakan dibaca di hadapan Majistret Salamiah Salleh

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dua buah kereta curi iaitu Saga FLX milik Syarikat Klezcar dan Proton Waja milik Zambri Abdullah di susur keluar Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) arah Seremban pukul 2.30 petang pada 17 Oktober 2018 dan di Jalan 52/12, PJ New Town, di sini, pukul 5.30 petang pada 11 Februari lalu.

Pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding tersebut Mary Phoon memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara ringan atas alasan tidak mampu membayar denda. - UTUSAN ONLINE