Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah, Mohd. Kassim Abd. Hamid, 64, merupakan saksi ke-23 meminta mana-mana pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap individu yang menyebabkan kematian anaknya.

“Saya difahamkan anak saya mati dalam satu rusuhan. Saya nak sesiapa yang merancang rusuhan dan berada di dalam rusuhan sehingga berlakunya insiden, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Saya hendak minta keadilan tentang kematian anak saya dan mahu pada yang berkenaan diadili dengan sebetulnya,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE