Bagaimanapun, tertuduh, Rosman Jamal,39, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada empat orang anak itu didakwa telah menerima deposit dari seorang individu sebanyak 10 kali berjumlah RM375,500 tanpa memiliki lesen yang sah mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) pada 17 Januari 2016 hingga 6 Februari 2017.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima deposit dari individu lain sebanyak enam kali transaksi berjumlah RM772,800 tanpa memiliki lesen yang sah pada 9 November 2016 hingga 13 Januari 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Tadisma Business Park, Seksyen 13 di sini.

Rosman didakwa melakukan kesalahan tersebut dibawah Seksyen 137 (1) akta yang sama dan boleh dihukum dibawah Seksyen 137 (2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-dua sekalinya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat dan tertuduh diwakili peguam bela, Jason Singh. - UTUSAN ONLINE