Tindakan tersebut merupakan pendekatan terbaru diambil AS dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara berkenaan.

Peguam Negara, Bill Bar dalam kenyataan berkata AS terbeban dengan proses kemasukan ratusan ribu pendatang di sempadan selatan negara itu.

“Tindakan ini akan mengurangkan kemasukan pendatang yang mengeksploitasi sistem suaka AS untuk masuk ke sini,” katanya.- AFP