Menurut Pengarah Negara WFP di Wilayah Palestin, Stephen Kearney, penangguhan bantuan makanan tersebut melibatkan 27,000 orang di Tebing Barat, wilayah pendudukan Israel (165,000 orang) dan Genting Gaza dikurangkan sebanyak 20 peratus.

“Malangnya, WFP terpaksa membuat pengurangan drastik kepada penduduk yang dibantu di Palestin.

“Pengurangan itu berikutan jumlah peruntukan yang diterima jatuh mendadak,” katanya.

WFP memerlukan AS$57 juta (RM238 juta) bagi mengekalkan bantuannya bagi manfaat 360,000 orang pada 2019.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan hanya WFP malah semua komuniti kemanusian mengalami perkara sama disebabkan pengurangan sumbangan yang diterima. - REUTERS