Kahlil Idriss berkata, tertuduh yang dikenali sebagai Nicolas P., 33, disabitkan kesalahan dalam kes tidak berkaitan pembunuhan itu di bandar Sale, Rabat semalam.

Tertuduh merupakan antara lebih 20 yang ditahan selepas mangsa, Louisa Vesterager Jespersen, 24, dan Maren Ueland, 28 ditemukan maut dengan kepala dipenggal di Gunung High Atlas pada 17 Disember tahun lalu.

Nicolas P. ditahan pada Januari lalu setelah didapati bersalah dalam ‘menubuhkan kumpulan pengganas’ disamping berhubung dengan rakan yang berkaitan dengan Syria.

Terdahulu, pihak berkuasa Maghribi mendakwa empat suspek utama pembunuhan dua pendaki itu merupakan penyokong kepada kumpulan Daesh tetapi tidak mempunyai hubungan langsung dengan militan di Iraq atau Syria.