Jawa Pos yang memetik Ketua Air Weapon Range (AWR) Pandanwangi Tempeh, Kapten Joko Santoso sebagai berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati bom yang terjatuh daripada pesawat itu sedang menjalani latihan di kawasan itu.

Menurutnya, bom yang dikenal pasti sebagai itu adalah tidak berbahaya dan hanya digunakan untuk tujuan latihan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan bagaimana bom tersebut boleh terjatuh di kawasan itu dan tidak menolak kemungkinan insiden terbabit akibat kesilapan manusia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pasirian, AKP Agus memberitahu, sebaik mendapat laporan daripada orang awam mengenai penemuan sebutir bom dan memaklumkannya kepada tentera Indonesia.

Katanya, pasukan polis dengan kerjasama tentera berjaya mengeluarkan bom yang terbenam kira-kira dua meter ke dalam tanah sebelum dibawa tentera ke Pandanwangi untuk kegunaan latihan udara.

Seorang saksi, Taufik memberitahu, ketika kejadian dia sedang mencari kayu api apabila sebuah pesawat terbang pada jarak rendah dan dia terdengar bunyi tembakan selain ada benda berat jatuh di ladang tebu.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada ketua kampung dan menemukan bom itu terbenam ke dalam tanah kira-kira dua meter bersama penduduk kampung yang turut serta mencari.

Pasukan keselamatan terpaksa mengikat bom tersebut dengan tali untuk menariknya keluar daripada permukaan tanah.

Bagaimanapun penduduk menjadi panik apabila bom tersebut mula mengeluarkan asap yang menyebabkan mereka bertempiaran lari. – AGENSI