“Seorang wanita cuba menikam pengawal keselamatan yang sedang meronda di pos pemeriksaan di Zaim,” kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, identiti wanita itu masih belum diketahui.

Dalam pada itu, jurugambar AFP di tempat kejadian berkata, wanita tersebut memakai pakaian berwarna hitam dengan mukanya ditutup.

Mayat wanita terbabit kemudiannya dibawa oleh rejim Zionis. - AFP