Arifa Sultana, 20, melahirkan cahaya mata pertamanya pada bulan lalu menerusi kaedah normal.

“Dia tidak menyedari dia masih mengandungkan kembar tersebut. Air ketuban Sultana pecah sekali lagi selepas 26 hari dia melahirkan anak pertama,” kata ahli gynaecologi yang merawat Sultana, Sheila Poddar.

Poddar terpaksa menjalankan pembedahan caesarean untuk memastikan kembar tersebut selamat dilahirkan pada Jumaat lalu.

Menurut Poddar, Sultana tidak mengalami sebarang komplikasi dan dibenarkan pulang semalam. - AFP