Polis berkata, badan mangsa berusia 57 tahun tersebut ditemukan di dalam rumahnya pada malam tadi.

Katanya, lokasi kejadian digambarkan sebagai salah satu ‘paling teruk’pernah dilihat.

“Anak mangsa berusia 25 tahun kemudian ditahan di depan taman rumah jirannya selepas didakwa meletakkan kepala ibunya di kaki lima,” lapor akhbar Daily Telegraph.

Sementara itu, Detektif Superintenden Breet McFadden memberitahu, anggotanya yang bertugas di lokasi kejadian ditawarkan sokongan profesional.

“Meskipun polis dilatih untuk memberi respons kepada semua jenis situasi, mereka tidak dapat lari daripada berdepan dengan serangan dahsyat.

“Ia antara lokasi paling teruk pernah ditangani polis,” ujarnya. - AFP