Arahan itu, dikeluarkan Raja Salman pada September lalu sebagai sebahagian pembaharuan diperkenalkan Putera Mahkota Mohammed Salman yang berhasrat mengubah ekonomi negara pengeksport utama minyak dunia dan membuka minda masyarakatnya.

Pakar Psikologi dari Jeddah, Samira al-Ghamidi, 47, antara wanita Arab Saudi pertama mendapat lesen memandu berkata, kami bersedia dan ia bakal mengubah hidup kami sepenuhnya.

Penarikan semula larangan itu, selama bertahun mengundang kritikan antarabangsa dan dibandingkan dengan pemerintahan Taliban di Afghanistan, disambut baik sekutu Barat sebagai bukti aliran progresif baharu di Arab Saudi.- REUTERS