Lapor Reuters, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan, saintis dan pemimpin kesihatan awam perlu menyalurkan dana serta inovasi untuk menangani penyakit terbabit serta nyamuk yang menularkan wabak tersebut.

"Untuk tempoh masa yang lama, pembasmian malaria hanyalah satu angan-angan tetapi kini kita mempunyai bukti bahawa malaria boleh dan perlu dibasmi menjelang 2050.

"Kita perlu mencabar diri sendiri dengan sasaran yang penuh cita-cita dan komited melaksanakan segala yang termampu," kata Pengarah Kumpulan Kesihatan Global di Universiti California, San Francisco, Richard Feachem. - AGENSI