Tertuduh, Michael Nguyen merupakan keturunan Vietnam ditahan pada Julai tahun lalu ketika datang ke sini bersama dua aktivis yang juga ditangkap.

Mengikut lama berita negara, VnExpress, trio tersebut dituduh mewujudkan satu kumpulan bagi persediaan melakukan protes bersenjata dengan menduduki ‘ibu pejabat’ rasmi di Hanoi dan Ho Chi Minh.

Nguyen disabit kesalahan dalam perbicaraan separuh hari di Mahkamah Bandar Ho Chi Minh.

Dia dihukum penjara 12 tahun dan diarah keluar dari negara selepas habis menjalani hukuman berkenaan. - AFP