Namun, baru-baru ini tular sebuah kumpulan yang dianggotai oleh ‘nenek’, Obachaaan dari Jepun terdiri daripada tujuh anggota dalam lingkungan usia 60 hingga 70 tahun.

Obachaaan yang bermaksud nenek telah mengeluarkan sebuah lagu berbahasa Inggeris sempena Persidangan G20 yang lalu di Osaka.

Lagu yang bertajuk Oba Funk Osaka menampilkan nenek-nenek itu lincah menari dengan tonjolan bakat ‘rap’ mereka dalam bahasa Inggeris.

Menurut media Japan Times, dalam video muzik lagu tersebut, Obachaaan menampilkan watak nenek yang banyak bercakap dan peramah bagi menggambarkan sikap golongan wanita berumur di Osaka.

Menariknya, setiap lirik yang dinyanyikan adalah perkataan yang sering disebut oleh golongan nenek di bandar tersebut.

Antara lirik yang menarik perhatian pendengar adalah ‘Do you want candy?’ (Anda mahu gula-gula?) dan ‘The funniest people in the world’ (paling kelakar di dunia).

OBAHCAN 3
 

Muzik video itu menjadi ‘trending’ di YouTube Jepun semasa lagu itu dikeluarkan dengan menduduki tangga ketiga. - UTUSAN ONLINE