KEBAKARAN melibatkan sebuah hotel yang merupakan sebahagian daripada projek Jebel Omar di Mekah, kelmarin. - AGENSI

Gulf Daily News melaporkan, kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi waktu tempatan itu melibatkan sebuah hotel yang merupakan sebahagian daripada projek Jebel Omar.

Anggota bomba bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke seluruh bangunan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Nayef Al Sharif berkata, kebakaran itu dipercayai bermula dari satu longgokan sampah, sebelum merebak ke kawasan hotel. - AGENSI