Video itu menunjukkan kanak-kanak terbabit sedang bermain di atas bangunan yang kemudiaannya menjadi sasaran bedilan pesawat tentera Syria.

Pada saat yang ke 27 kelihatan mangsa telah berlari untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat berbuat demikian.

Serangan roket telah mengenai tempat mereka berada.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by أطفال سوريا (@syrian_7) on

 

Kedua-dua mereka sebelum itu dikatakan bermain di atas bumbung bangunan.

Dalam visual yang dirakam ia menunjukkan, empat bangunan telah menjadi sasaran.

Pada hari yang sama di timur Has di pinggir Idlib, sekurang-kurangnya 14 orang awam termasuk enam kanak-kanak, bayi yang dalam kandungan, tiga wanita terbunuh apabila tempat mereka berlindung diserang roket. - UTUSAN ONLINE